Opening

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah & pakaiannya"

Saturday 16 February 2013

Petua Mata


Moshi m0shi.. ^.^


Bulu Mata Melentik

Bulu mata yang lebat tapi tidak lentik masih tidak menarik pandangan. Untuk melentikkan bulu mata ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.


Lebam Bawah Mata

Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase. Secara tidak langsung, lebam di bawah mata dapat dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya, kisar ubi kentang dan letakkan kisaran tersebut di atas  sehelai kain lembut dan bersih. Sapukannya pada bahagian bawah mata yang bermasalah secara perlahan-lahan. Pastikan sapuan tersebut tidak terkena pada mata dan biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira 15 ke 20 minit. Selepas itu, barulah dibasuh dengan air yang bersih.


Mata Sembap & Keletihan

Teh uncang yang telah digunakan jangan dibuang. Masukkan ke dalam peti sejuk buat seketika. Kemudian gunakan ia dengan menekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan tiga kali seminggu ketika hendak tidur. Lihatlah hasilnya, pasti mata kamu akan lebih cantik dan bersinar bak cahaya. Cara ini juga boleh membantu melambatkan timbulnya garis² halus di bahagian bawah mata.



6 comments:

  1. moshi moshi....
    best info ni....nnti nak cuba....

    done folow anda...
    jom --->> http://iss-life.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi jadi follower blog saya... slalu la datang ye.. ni entry untuk awak :) http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/02/followers-mingguan-8_18.html

    ReplyDelete
  3. nice info ni...cm ne kalo mata tumbuh bulu warna hijau belang2 pula?

    - Admins Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete

EmilyTheStranger