Opening

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah & pakaiannya"

Sunday 21 October 2012

Irma Impi Anak Kembar

Moshi mOshi.. ^.^

Cover depan majalah Harmoni


Berita kehamilan Irma Hasmie Ibrahim, 30, ternyata membuatkan seluruh keluarganya dan suami tercinta yang baru dikahwini Jun lalu, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan, 31, begitu gembira. Apatah lagi, dia dan suaminya merupakan anak sulung dalam keluarga masing-masing. Menurut Irma, bapa mentuanya merupakan orang yang paling teruja dengan berita kehamilannya sehingga menitiskan air mata.

Kehamilan yang dianggap sebagai bunting pelamin itu diketahui sebaik sahaja Irma dan suaminya pulang dari penggambaran program Travelog Air Asia iaitu Destinasi Cinta terbitan Astro di Yogjakarta, Indonesia. Program yang ditayangkan pada bulan ini turut memaparkan perjalanan bulan madu kedua-dua pasangan romantis ini.

Dalam pada itu, Irma yang sedang hamil 4 bulan mengakui, suaminya berdoa kepada Tuhan supaya mengurniakan anak kembar buat mereka. Sama seperti suaminya yang juga dilahirkan kembar berlainan jantina yang mana adiknya meninggal dunia akibat demam panas pada tahun 2006. Namun, jelas Irma, dia tidak kisah apa pun rezeki yang Tuhan mahu berikan asalkan bayinya sempurna dan selamat sehingga dilahirkan.


Gambar Irma & Suami


BERAT BADAN BERTAMBAH
Melihat pada bentuk fizikalnya, Irma kelihatan sedikit berisi berbanding sebelumnya. Perubahan bentuk badannya itu sedikit pun tidak merisaukan pelakon telefilem Jujur Aku Dayus ini. Malah, Irma mengakui selera makannya dan suami semakin bertambah. Baginya, itu merupakan perkara biasa bagi wanita hamil namun biarlah berpada-pada dan tidak melebihi berat badan yang sepatutnya.




Saat indah bergelar isteri



AMAL AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK BAYI
Amalan membaca Al-Quran ketika hamil sememangnya amat baik untuk bayi dalam kandungan. Oleh itu, Irma turut mempraktikkan pada dirinya dan kandungan dengan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Selain membaca Al-Quran, wanita tinggi lampai ini turut mengamalkan surah² khusus untuk ibu hamil seperti surah Maryam,  surah Yusuf,  surah Luqman dan sebagainya.


Manis, ayu bertudung!

No comments:

Post a Comment

EmilyTheStranger