Opening

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah & pakaiannya"

Kisah Teladan


Aku mahu hidup

Di sebuah ladang yang terhampar luas, dua biji benih sudah mulai bertunas. Berkatalah biji benih yang pertama: “Aku mahu tumbuh menjadi pohon yang besar dan kuat. Aku mahu akarku membenam jauh ke dalam tanah agar ia dapat menjulangku tinggi ke atas. Akan aku kembangkan segala tunas-tunasku sebagai tanda salam terhadap musim baru. Dahanku mahu rasakan kehangatan mentari. Dedaunku inginkan kelembutan embun pagi!”.

Mendengar kata temannya yang penuh semangat, biji benih kedua bersuara: “Tidak! Aku tak mahu jadi sepertimu. Jika aku tanamkan akarku jauh ke dalam tanah, apa yang akan aku temui nanti? Bukankah ia tempat yang gelap dan menakutkan? Jika tubuhku menjulang tinggi, bukankah nanti tunasku mudah terkoyak. Mungkin dimakan burung atau anak-anak kecil yang akan mematahkannya. Semua itu membahayakan! Aku tidak mahu tumbuh besar sepertimu. Lebih baik aku begini sahaja. Lebih selamat!”.

Masa berlalu. Biji benih yang pertama tumbuh menjadi pohon yang besar. Dahannya kuat. Daun-daunnya segar kehijauan. Tunas-tunas baru sentiasa tumbuh silih berganti.

Sedangkan biji benih yang kedua terus menunggu sendirian. Suatu hari, datang seekor ayam mengais tanah tempat persembunyiannya dan menemui biji benih kedua tadi lantas memakannya. Maka, berakhirlah penantiannya yang sia-sia itu.


Pengajaran:

.:Mahu jadi biji benih yang mana? Yang berani menghadapi cabaran hidup atau yang sentiasa dihurung keraguan dan kebimbangan seperti benih kedua? Tepuk dada Tanya selera
J


No comments:

Post a Comment

EmilyTheStranger