Opening

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah & pakaiannya"

Saturday 3 November 2012

Diana Danielle Sah Menjadi Isteri Farid Kamil

Moshi m0shi.. ^.^


Diana Danielle Sah Milik Farid Kamil
Farid & Diana


Hanya dengan sekali lafaz, aktres jelita, Diana Danielle secara rasmi telah pun bergelar isteri kepada pengarah dan pelakon, Farid Kamil selepas mereka diijabkabulkan di Hotel Flaminggo, kira-kira jam 9.12 pagi tadi.

Mempelai yang mengenakan busana rekaan Wanpa (Diana Danielle) dan Andy (Farid Kamil) itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Pendaftar Kanan Daerah Gobak, Daim Jaluli.

Mas kahwin perkahwinan ialah RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas.

Majlis akad turut disaksikan ibu bapa pengantin lelaki iaitu Dato` Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta ibu pengantin perempuan Norsiah Ramli.

Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21 yang menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Hantaran pengantin lelaki kepada Diana ialah mini bike Kawasaki KSR 1000, telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai & cincin.

Hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua yang hadir. hari ini adalah hari yang sangat bermakna buat saya. Sebelum ini pun saya sentiasa berdoa agar dikurniakan isteri yang solehah, ibu yang mithali serta perkahwinan yang kekal hingga ke alam syurga", ujar Farid Kamil yang juga pengarah filem Pe3.

Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.

Bertemakan majlis perkahwinan ala taman, majlis akad nikah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.

Jangan lupa untuk menyaksikan liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.



P/S:
# Semoga perkahwinan Farid & Diana kekal hingga ke akhir hayat.. 

No comments:

Post a Comment

EmilyTheStranger