Opening

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah & pakaiannya"

Saturday 16 February 2013

Petua Mata


Moshi m0shi.. ^.^


Bulu Mata Melentik

Bulu mata yang lebat tapi tidak lentik masih tidak menarik pandangan. Untuk melentikkan bulu mata ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.


Lebam Bawah Mata

Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase. Secara tidak langsung, lebam di bawah mata dapat dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya, kisar ubi kentang dan letakkan kisaran tersebut di atas  sehelai kain lembut dan bersih. Sapukannya pada bahagian bawah mata yang bermasalah secara perlahan-lahan. Pastikan sapuan tersebut tidak terkena pada mata dan biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira 15 ke 20 minit. Selepas itu, barulah dibasuh dengan air yang bersih.


Mata Sembap & Keletihan

Teh uncang yang telah digunakan jangan dibuang. Masukkan ke dalam peti sejuk buat seketika. Kemudian gunakan ia dengan menekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan tiga kali seminggu ketika hendak tidur. Lihatlah hasilnya, pasti mata kamu akan lebih cantik dan bersinar bak cahaya. Cara ini juga boleh membantu melambatkan timbulnya garis² halus di bahagian bawah mata.



Petua Bibir

Moshi m0shi.. ^.^

Sudah puas cuba mendapatkan bibir yang indah menawan dengan cara moden? Apa kata kamu tilik petua orang dulu-dulu? Mungkin petua ini mujarab buat kamu.


Bibir hitam
Sapukan mentega di bibir sebelum merokok. Cara ini boleh menghindari bibir daripada lebam. Namun awas, jangan pula bibir itu dijilat sehingga licin mentega yang disapu kerana dikhuatiri kesannya tidak seperti yang diharapkan.


Bibir lebam
Ambil sepotong halia yang telah dibersihkan lalu tumbuk halia tersebut tetapi jangan sampai hancur. Sapukan pada bibir dan biarkan kering dan kemudian barulah mencucinya. Lakukan dua kali sehari sehingga memperoleh bibir idaman.



Bibir pecah
Minum air kelapa muda bercampur kuning telur dan sedikit madu lebah. Lakukan sekali sehari sehingga bibir pulih seperti sediakala.


Bibir pucat
Sediakan dua biji telur ayam kampung dan satu sudu besar madu lebah. Telur ayam itu hendaklah direndam setengah masak. Selepas itu, pecahkan di atas piring dan campurkan dengan madu lebah. Makan setiap pagi sehingga bibir pulih.



<Jom tiru cara selebriti>

Datuk Siti Nurhaliza mengamalkan sapuan madu pada bibirnya sebelum tidur bagi memastikan bibirnya sentiasa cantik!



Monday 31 December 2012

End Of The Year

 Moshi mOshi.. ^.^

Tinggal sikit jam saja lagi kita akan melangkah ke Tahun Baru 2013..
Aku harap segala kepahitan, kegembiraan, kesedihan, kelukaan, kesakitan yang aku alami pada tahun 2012 akan berakhir dengan jayanya. Hehe.. Mudah-mudahan impian aku, azam aku pada tahun 2012 yang belum tercapai akan tercapai pada tahun 2013 ini. InsyaAllah ;)

Mudah-Mudahan aku akan terus sukses dalam kehidupan yang aku belum pasti arah perjalanannya.

Aku Mau Pulanggggg =_=

Good Bye 2012! Welcome 2013! Happy New Year 2013!

Friday 28 December 2012

Lepaking.Eating.Staying.



Moshi m0shi.. ^.^
Salam Jumaat Nan Indah..

Aku mau ucap thanx so much dekat Kak Basita & Abg Isma coz blanja kitorang (aku & Raihan) td0 kat Samudera Court Hotel & makan² kat Kuching. Hee
Memang besh la sangat² coz fevret aku makan² kan :D

Macam² yang aku makan sampai kan adik & cuzen kak Basita pun terkejut tengok.. Kenapa? X percaya ea? Haha

Inilah antara makanan yang aku makan masa stay out. Rasanya ada lagi. Tapi aku lupa ambik gambar la :p



Nasi Goreng Kampung


Hot & Spicy Chicken Rice


Cheese Cake


Sunday 2 December 2012

Istanbul Aku Datang!


Moshi m0shi.. ^.^

Hahh..Entry kali ni aku mau cerita pasal Istanbul Aku Datang! Yes! Aku dah tengok cerita ni. Syukran to my sister for buying me this movie! Best giler.. Tambahan plak ada Beto Kusyairy aku tu.. Haha.. Hero Malaya Ku.. :D





Cerita ni mengisahkan tentang Dian (lakonan Lisa) yang sanggup datang ke Istanbul semata-mata untuk mendapat lamaran daripada Azad (lakonan Tomok). Namun, pelbagai halangan yang dihadapi olehnya ketika berada di Istanbul. Pada saat itulah Dian berkenalan dengan Beto Kusyairy yang mana Beto merupakan "Housemate" Dian di rumah yang baru saja di sewanya.









Tonton sendiri cerita ni & anda pasti terhiburrr ^_^




Tuesday 27 November 2012

R.I.N.D.U


Moshi m0shi.. ^.^

Selamat malam. Hm..nda lama lagi mau balik kampus. Cuti sem dah mau abis. Rasa macam nda mau balik jak. Rindu dengan anak buahku yang nakal lagi. -_-
Dua hari kami jalan² di kk. Best la sangat. Sampai siang tadi & akhirnya dorang mama, makcikku & iparku sekali dengan anak buahku balik kampung di Pitas sekejap.

Nda banyak yang aku mau share malam ni. Mata pun suda ngantuk. Gud nite! zzZZZ

Tuesday 20 November 2012

Diana Danielle Sah Hamil


Moshi m0shi.. ^.^
Eh..Diana dah mengandung? Cepatnya? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Aku pun begitu jugak. Tapi dah kuasa Tuhan kan, siapa kita mau melawan? ;) Alhamdulillah, syukur. Rezeki Farid & Diana memang cepat. Ini lah yang dipanggil bunting pelamin kan. :D

Diana merasakan inilah hadiah hari jadi yang paling bernilai buat dirinya yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-21 pada 22 November ini.



P/S:
#Muda lagi Diana dari aku. Awal jadi isteri & bakal bergelar ibu nda lama lagi. –.-

EmilyTheStranger