Opening

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah & pakaiannya"

Monday 22 October 2012

Temu Duga!

Tips Menghadapinya

Mungkin ramai yang bersetuju bahawa menghadapi sesi temuduga pekerjaan lebih sukar daripada menjalani peperiksaan akhir tahun. Penampilan tidak meyakinkan, kurang persediaan dan silap teknik dalam menjalani sesi temuduga merupakan antara penyebab kegagalan seseorang mendapat pekerjaan yang ditawarkan. Oleh itu, cuba praktikkan tip temuduga ini dan kamu pasti tersenyum mendengar penemuduga memberitahu, "Tahniah! Anda layak menjawat jawatan ini. Sila laporkan diri anda".


Resume yang teruk

1. Bawa 2 salinan resume dan pastikan kamu telah membaca dan meneliti resume kamu   sebelum sesi temuduga. Perkara paling memalukan adalah apabila kamu tidak dapat menjawab soalan penemuduga berkaitan resume kamu.

2. Jangan hanya memberitahu dengan perkataan dan jawapan sebaliknya kamu juga perlu menunjukkan sesuatu gambaran dengan lebih jelas. Bawa apa saja bahan yang boleh memperlihatkan kebolehan, kelayakan dan kredibiliti kamu. Antaranya ilustrasi, manuskrip, sijil dan sebagainya. Guna konsep beritahu dan tunjuk.

3. Jangan bawa fail plastik atau sekadar memasukkan resume di dalam sampul surat kertas biasa. Imej, gaya dan kredibiliti perlu seiring. Bawa fail kulit yang lebih kemas, mudah dan nampak bergaya. Jangan lupa pen, pensil dan kertas.


Prosedur Temu Duga Syarikat Berkaitan

Setiap syarikat mempunyai prosedur berbeza ketika menjalankan sesi temuduga dan pengambilan pekerja baru. Oleh itu, kamu perlu tahu maklumat terperinci mengenai sesi temuduga yang dijalankan. Apakah ia melibatkan beberapa peringkat temuduga? Apakah kamu perlu menjalani ujian, berapa masa diambil untuk mengetahui keputusan temuduga, siapa yang akan membuat keputusan dan sebagainya.


Pakaian & Penampilan Yang Sesuai

Benar..kebolehan, bakat dan kemahiran kamu tidak dapat dilihat menerusi pakaian atau penampilan. Tetapi, kamu perlu berhadapan realiti bahawa penampilan yang baik sudah pasti akan mendapat reaksi dan persepsi positif dari pihak penemuduga. Siapa akan percaya kredibiliti kamu jika pakaian kamu lusuh, tidak kemas dan penampilan kamu tidak bermaya lagi kurang meyakinkan?


Tahu Lokasi & Cara Ke Sana!

Sehari sebelum sesi temuduga, kamu perlu meninjau syarikat berkaitan agar kamu tidak tersesat dan terlambat menghadiri temuduga. Jangan memberi alasan tersesat kerana ia akan memberi pandangan negatif penemuduga pada diri kamu.


Kenali Latar Belakang

Ketahui struktur syarikat, misi, falsafah, objektif dan sejarah penubuhan syarikat untuk memberitahu minat kamu terhadap jawatan yang ditawarkan.


Sediakan Soalan Yang Perlu Kamu Tanyakan

1. Soalan berkaitan perkembangan, perubahan, kemajuan teknologi dan bahagian personal syarikat.

2. Soalan perjawatan merangkumi skop kerja, tanggungjawab, pertukaran atau tugasan luar dan sebagainya.

3. Tanyakan tentang peluang untuk mengembangkan kerjaya di dalam syarikat tersebut.


No comments:

Post a Comment

EmilyTheStranger