Moshi m0shi.. ^.^
Farid & Diana |
Hanya
dengan sekali lafaz, aktres jelita, Diana Danielle secara rasmi telah pun
bergelar isteri kepada pengarah dan pelakon, Farid Kamil selepas mereka
diijabkabulkan di Hotel Flaminggo, kira-kira jam 9.12 pagi tadi.
Mempelai
yang mengenakan busana rekaan Wanpa (Diana Danielle) dan Andy (Farid Kamil) itu
telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Pendaftar Kanan Daerah Gobak, Daim
Jaluli.
Mas
kahwin perkahwinan ialah RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas.
Majlis
akad turut disaksikan ibu bapa pengantin lelaki iaitu Dato` Dr Zahari Che Dan
dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta ibu pengantin perempuan
Norsiah Ramli.
Diana
Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21 yang menerima
lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Hantaran
pengantin lelaki kepada Diana ialah mini bike Kawasaki KSR 1000, telekung &
Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai & cincin.
Hantaran
berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo
Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh
junjung, manisan dan foto album.
"Saya
ingin berterima kasih kepada semua yang hadir. hari ini adalah hari yang sangat
bermakna buat saya. Sebelum ini pun saya sentiasa berdoa agar dikurniakan
isteri yang solehah, ibu yang mithali serta perkahwinan yang kekal hingga ke
alam syurga", ujar Farid Kamil yang juga pengarah filem Pe3.
Upacara
pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.
Bertemakan
majlis perkahwinan ala taman, majlis akad nikah itu telah dihadiri kira-kira
300 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada kalangan ahli keluarga,
saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.
Jangan
lupa untuk menyaksikan liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid
Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada malam ini jam 9.00 malam di
saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.
P/S:
# Semoga perkahwinan Farid & Diana kekal hingga ke akhir
hayat..
No comments:
Post a Comment