Moshi
mOshi.. ^.^
Cover depan majalah Harmoni |
Berita kehamilan Irma
Hasmie Ibrahim, 30, ternyata membuatkan seluruh keluarganya dan suami tercinta
yang baru dikahwini Jun lalu, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan, 31, begitu
gembira. Apatah lagi, dia dan suaminya merupakan anak sulung dalam keluarga
masing-masing. Menurut Irma, bapa mentuanya merupakan orang yang paling teruja
dengan berita kehamilannya sehingga menitiskan air mata.
Kehamilan yang
dianggap sebagai bunting pelamin itu diketahui sebaik sahaja Irma dan suaminya
pulang dari penggambaran program Travelog Air Asia iaitu Destinasi Cinta
terbitan Astro di Yogjakarta, Indonesia. Program yang ditayangkan pada bulan
ini turut memaparkan perjalanan bulan madu kedua-dua pasangan romantis ini.
Dalam pada itu, Irma
yang sedang hamil 4 bulan mengakui, suaminya berdoa kepada Tuhan supaya
mengurniakan anak kembar buat mereka. Sama seperti suaminya yang juga
dilahirkan kembar berlainan jantina yang mana adiknya meninggal dunia akibat
demam panas pada tahun 2006. Namun, jelas Irma, dia tidak kisah apa pun rezeki
yang Tuhan mahu berikan asalkan bayinya sempurna dan selamat sehingga
dilahirkan.
Gambar Irma & Suami |
BERAT BADAN BERTAMBAH
Melihat pada bentuk fizikalnya, Irma kelihatan sedikit berisi
berbanding sebelumnya. Perubahan bentuk badannya itu sedikit pun tidak
merisaukan pelakon telefilem Jujur Aku Dayus ini. Malah, Irma mengakui selera
makannya dan suami semakin bertambah. Baginya, itu merupakan perkara biasa bagi
wanita hamil namun biarlah berpada-pada dan tidak melebihi berat badan yang
sepatutnya.
Saat indah bergelar isteri |
AMAL AYAT-AYAT
AL-QURAN UNTUK BAYI
Amalan membaca
Al-Quran ketika hamil sememangnya amat baik untuk bayi dalam kandungan. Oleh
itu, Irma turut mempraktikkan pada dirinya dan kandungan dengan membaca
Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Selain membaca Al-Quran,
wanita tinggi lampai ini turut mengamalkan surah² khusus untuk ibu hamil
seperti surah Maryam, surah Yusuf, surah Luqman dan sebagainya.
Manis, ayu bertudung! |
No comments:
Post a Comment