Opening

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab & ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah & pakaiannya"

Saturday 16 February 2013

Petua Bibir

Moshi m0shi.. ^.^

Sudah puas cuba mendapatkan bibir yang indah menawan dengan cara moden? Apa kata kamu tilik petua orang dulu-dulu? Mungkin petua ini mujarab buat kamu.


Bibir hitam
Sapukan mentega di bibir sebelum merokok. Cara ini boleh menghindari bibir daripada lebam. Namun awas, jangan pula bibir itu dijilat sehingga licin mentega yang disapu kerana dikhuatiri kesannya tidak seperti yang diharapkan.


Bibir lebam
Ambil sepotong halia yang telah dibersihkan lalu tumbuk halia tersebut tetapi jangan sampai hancur. Sapukan pada bibir dan biarkan kering dan kemudian barulah mencucinya. Lakukan dua kali sehari sehingga memperoleh bibir idaman.



Bibir pecah
Minum air kelapa muda bercampur kuning telur dan sedikit madu lebah. Lakukan sekali sehari sehingga bibir pulih seperti sediakala.


Bibir pucat
Sediakan dua biji telur ayam kampung dan satu sudu besar madu lebah. Telur ayam itu hendaklah direndam setengah masak. Selepas itu, pecahkan di atas piring dan campurkan dengan madu lebah. Makan setiap pagi sehingga bibir pulih.



<Jom tiru cara selebriti>

Datuk Siti Nurhaliza mengamalkan sapuan madu pada bibirnya sebelum tidur bagi memastikan bibirnya sentiasa cantik!



1 comment:

EmilyTheStranger